Foreverliving Product

Aloe Vera ( Daun Lidah Buaya )

Sejarah Lidah Buaya ( Aloe Vera )

Dikenali sebagai " Tongkat Sakti Syurga " oleh asli Amerika dan dipanggil " Doktor Dalam Pasu " oleh penjelajah agung Christopher Columbus, aloe vera ataupun lidah buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa.

Tulisan-tulisa yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk bermacam-macam kegunaan kesihatan dan bagi rawatan tradisional telah diperturunkan dari seawal 3,500 tahun dahulu, seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus, iaitu suatu tulisan mesir kuno dari tahun 1500an sebelum Masihi.

Dalam manuskrip perubatannya, Pedianos Dioscorides sorang pakar perubatan terkemuka yang hidup lebih kurang 2000 tahun dahulu juga telah menerangkan dengan terpericinya kegunaan lidah buaya untuk pelbagai rawatan tradisional dalaman dan luaran.

Mengikut lagenda, Iskandar Zulkarnian telah menakluki pulau Madagascar atas gesaan penasihatnya iaitu ahli falsafah terkenal Aritotle semata-mata untuk memperolehi bekalan lidah buaya yang mencukupi bagi kegunaan tenteranya iaituuntuk disapu pada luka askar-askarnya. Ratu Cleopatra juga telah dikatakan menganggap kecantikannya disebabkan oleh lidah buaya yang sering digunakannya.

Berdasarkan fakta-fakta dan lagenda-lagenda di atas serta pelbagai dokumen sejarah dari merata-rata tempat di seluruh dunia, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lidah buaya adalah salah satu daripada  tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam perubatan purba.

Dalam perubatan moden hari ini, mungkinnya  kegunaan lidah buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai penyelidik percaya bahawa lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.

Bukti-bukti beranekdot yang dikumpulkan daripada surat-surat perakuan oleh pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan lidah buaya dan eksperimen-eksperimen makmal mencadangkan bahawa lidah buaya mungkin boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.

Sejak penemuan semula lidah buaya pada awal 1900an, pelbagai penyelidikan telah dijalankan oleh para saintis di seluruh dunia ke atas lidah buaya .Walaupun tidak terdapat seberang unsur spesifik lidah buaya yang telah dikenalpastikan boleh merawat apa-apa penyakit yang tertentu, namun  secara umumnya para penyelidik percaya bahawa ia adalah tindakan bersinergi beratus-ratusan sebatian dalam lidah buaya yang menghasilkan kesan-kesan positif yang telah dialami oleh pengguna lidah buaya.

Analisa makmal gel aloe vera menunjukkan bahawa ia mengandungi leabih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebaatian inilah yang dipercayai memberikan aloe vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan perangsang imunnya, yang pula menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.

Nota : Sila ambil perhatian bahawa rencana di atas adalah dimaksudkan semata-mata untuk pengetahuan sahaja dan tidak membuat sebarang tuntutan mengenai keberkesanan lidah buaya untuk rawatan sebarang penyakit sekalipun.